Assalamualaikum...Terlebih dahulu awok nak mintak maaf ler kat kome-kome semua kalo gambo petanyer kabur. Mungkin gambonyer terlampau beso bebeno kot. Tapi kome jangan riso sebab dibawah tu awok ade sedia kepada kome QR code bagi melihat peta yang telah dibuat dengan lebih jelas. Kat situ kome akan nampak lawo bebeno.
Assalamualaikum lagi sekali. Harinie awok nok beghabo ler kat kome kome semua tentang istimewanye Kampo Perak nie. Kampo nie adalah sebuah daerah di Perak yang mempunyai banyak beno tempat-tempat menarik seperti tempat bersejarah, tempat menarik, tempat rekreasi dan tempat makan. Malahan daerah Kampo ini juge kaye dengan khazanah alam seperti bijih timah di kawasan lombong-lombong dan pergunugan di sepanjang jalan. Dekat sini awok nak berciter ler pasal tempat-tempat menarik yang kome semua boleh nyinggah sambil menginap di Homestay Nik Sufian. Homestay Nik Sufian adalah sebagai tempat penginapan yang awok syorkan kepada kome-kome semua kerana homestay nie mempunyai kelengkapan yang cukup seperti 3 bilik(bilik pertame ade 1 katil Queen 1 tandas/bilik ayor, bilik keduwe ade 2 katil Queen, bilik ketige ade 2 katil Queen), ruang tamu, dapur, tandas/bilik ayor 3(termasuk di bilik pertame), dan semua kelengkapan yang lengkap. Homestay nie selalu menjadi pilihan pelanggan kerana mempunyai keluasan yang membolehkan muat 15 orang tapi katil yg disediakan hanya 10 orang. Suasana di homestay nie jugak begitu nyaman dan dingin disamping pemandangan di belakang homestay mempunyai lombong dan bukit. Jadi nie akan menjadi tarikan kepada kome bagi yang suke bergambo. Hehehehehe beno idok...Okkk...
meh awok citerkan tentang istimewanyer Kampo. Kalo kome nak tau Kampo nie mempunyai tempat bersejarah yang menyimpan kisah-kisah kejadian dahulu kala. Makam TEJA atau nama sebenarnyer Raja Bendahara Alang Iskandar merupakan salah satu tempat sejarah yang patut kome kunjungi kerana disini rekabentuk makam yang unik iaitu makam bertingkat disamping persekitaran yang indah nyaman oooohhh yob yong. Dikawasan makam tersebut ade juge papan tanda yang menciterkan kisah-kisah perjalanan hidup Raja TEJA. Okkk...moh kiter ke tempat lain pulak. Tempat bersejarah yang seterusnye adalah Kinta Tin Mining (Gravel Pump) Museum yang menyimpan kisah-kisah dahulu dan alatan-alatan yang digunakan oleh orang-orng dahulu ketike melombong bijih timah. Disini kome akan dapat tau macam mane ghope gaye pekerjaan pelombong dahulu. Yeler... Kampo kan kawasan banyak lombong-lombong. Tak caye? meh datang dulu,nengok dulu macam mane, berlambak chor lombong-lombong...
Okkk moh kiter beralih citer ke tempat-tempat rekreasi yang menarik di Kampo. Kome tau dok, Kampo nie merupakan kawasan yang banyak pergunungan dan ayor torjon dan disebabkan itu kome boleh merancang untuk mendaki dan bermandi manda. Contohnyer, Gunung Relau, Gunung Bujang Melaka dan Air Terjun Batu Berangkai. Selain itu, ade juge tempat berkelah yang boleh makan dalam ayor. Tempat tu namenyer La Cottage di Sahom. Bagi kome-kome yang gemo tangkap gambo di tempat-tempat menarik, disini awok boleh mengesyorkan kome berjongkit ke Gua Tempurung, Ladang Teh Gaharu, Bandar Agracia, Kampar Merdeka Clock Tower, Sahom Valley dan Refarm Leisure Farm. Kalo kome ke Gua Tempurung kome boleh bertangkap gambo didalam gua yang mempunyai pelbagai khazanah yg menarik didalam tu. Sambil tu kome juge boleh bermain lasak dengan meredah kawasan gua yang berayor dan menikmati keindahan di seluruh tempat didalam gua. Ladang Teh Gaharu pula kome akan melihat pokok-pokok teh yang beso dan jauh bebeno bezanyer dengan pokok teh di Cameron Highland yang renek-renek ajer. Di Bandar Agracia pula kome akan merase seperti di oversea kerana ghope rekabentuk yang unik dan berwarna-warni seperti diluar negara.
Kampar Merdeka Clock Tower pula hanyalah sebuah jam yang beso tetapi amatlah dikenali dan selalunyer menjadi tempat masyarakat bergambo kerana mempunyai rekabentuk menarik. Perkataan MERDEKA digunakan kerana menara ini peronah digunakan untuk menyambut hari kemerdekaan kiter buat pertama kalinyer pada tahun 1957. Sahom Valley dan Refarm Leisure Farm adalah tempat sesuai untuk bercuti dan berkelah bersama keluarga. Disini terdapat kolam seperti taman tema ayor di tempat lain. Di Sahom Valley terdapat penginapan yang berbeza berbanding dengan tempat lain. kome boleh membuat pilihan samaada mahu menginap seperti di ghomah-ghomah kampung, ghomah Bamboo ataupun mahu bercamping di dalam khemah. Selain kolam mandi di Refarm Leisure Farm, disini ade juge menyediakan aktiviti lain kepada kome semua seperti berbasikal, Memancing, melihat tanaman sayur-sayuran organik, buah-buahan dan cendawan, bermain layang-layang torbang, berjoging mengelilingi Refarm, jungle trekking, mengambil gambo di kawasan air torjon dan terakhir sekali menerokai jenis tumbuhan dan pokok hutan hujan tropika.
Dekat Kampo nie terdapat institusi yang terkenal yang bolehkan kome semua memikior untuk menempatkan anak-anak kome ke situ iaitu Universiti Tunku Abdul Rahman(UTAR). Universiti ini dikelilingi oleh lombong dan mempunyai keindahan yang nyaman. Tak lope juge universiti ini mempunyai infrastuktur yang unik iaitu rekabentuk ala-ala Cina. Disini juge menyediakan pelbagai bidang kursus yang boleh menarik minat anak-anak kome. Okkk banyak bebeno yer awok berciter pasal tempat-tempat menarik, moh kiter berubah citer pasal tempat melantak makanan pula. Bior perut kembung tapi asalkan mempone. Beno ke idok? Hahahahaha...Disini awok boleh syorkan tempat makan yang mempone tu adalah seperti Shellicious Kampar, Kampo Kampo Station dan Kelapa Lelehhh Kampar. Kat sini kome boleh makan bermacam-macam makanan mengikut menu-menu yang disediakan. Kalo kome bebeno nak berjongkit di Kampo, kome jangan riso kalo pasal tempat sembahyang. Di sepanjang perjalanan pastinye akan ade tempat beribadat seperti masjid, tokong cina, kuil hindu, dan gereja. Disini kome bolehlah melakukan kewajiban mengikut agama masing-masing sewaktu berhenti dan meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju selepas itu. Sekiranye kome mengalami masalah atau hal kecemasan, kome boleh la mencari balai polis atau hospital dan klinik jika berlakunye kemalangan dan pencurian. Bagi kome yang kuat berjongkit, kome tidak perlulah riso jika kehabisan minyak kerana disepanjang jalan akan ada stesen minyak. Sekian dari awok utk cerite pasal keseronokan di Kampo ini. Semoga ilmu dan cadangan awok kepada kome boleh digunapakai dan membantu kome ketike berjongkit ke Kampo. Assalamualaikum...😊👋
QR code nie kome boleh ler scan bagi melihat peta yang lebih beso dan lawo. Kat sini kome boleh zoom kecik beso untuk tahu lebih teliti tempat-tempat menarik di Kampo.
Kome dah nengok kan petanyer, jadi yob yong semua boleh ler mengisi google form bagi melihat keberkesanan dan memberi pendapat kome kepada awok...